BAHAGIAN A:

- Pergi ke CIMB....contohnya CIMB Parit Raja Batu Pahat Johor.
- Masuk pintu terus pergi ke kaunter Petanyaan..(jumpa staff CIMB dan tnya bagi mana ingin membuka @ mendaftar CIMB CLICKS).
- Anda akan di minta untuk memberi kad pengenalan.Jikalau anda sudah mempunya KAD CIMB anda terus pergi ke BAHAGIAN B.
- Kemudian anda akan diberi 1 borang untuk membuat akaun CIMB...kemudian isi borang tersebut dahulu.
- Selepas isi borang tersebut anda akan dapat 1 nombor.Nombor itu anda kena tunggu sehingga angka giliran tiba....(kalau orang ramai terpaksalh kener tunggu lama) :-)
- Apabila giliran anda di panggil...Anda akan pergi kepada STAFF CIMB tersebut untuk membuat tanda tangan dan sebagainya...(CIMB tidak memerlukan isi borang yang banyak kerana semua sudah menggunakan teknologi yang terkini. Anda hanya perlu memberi kad pengenalan sahaja dan dalam masa yang sama maklumat anda akan terus masuk ke dalam DATA CIMB)
- Selepas selesai membuat tanda tangan anda akan dapat nombor akaun dan selepas itu perlu memasukkan duit sebanyak RM50 pada akaun anda yang baru.
- Apabila anda sudah masukkan duit anda akan di panggil STAFF CIMB lagi kerana akan dapat 1 kad CIMB.
BAHAGIAN B
- Pergi ke mesin ATM untuk menukar no. PIN.
- Selepas tukar pilih menu LAIN-LAIN >> CIMB CLICKS >> CIMB CLICKS E-PIN.
- Masukkan 6 DIGIT NOMBOR E-PIN. Pastikan anda menghafal / mencatat nombornya.
- Masukkan SEKALI LAGI NOMBOR E-PIN tadi.
- Masukkan NOMBOR TELEFON BIMBIT untuk tujuan TAC dan pengesahan TRANSAKSI.
- SIAP....
BAHAGIAN C
- Masuk ke laman web CIMB Clicks iaitu
www.cimbclicks.com.my
2. Pilih FIRST TIME LOGIN >> SIGN UP HERE.
3. Isikan SEMUA MAKLUMAT dengan tepat.
4. Pada bahagian 1, masukkan 16 DIGIT nombor yang terdapat pada bahagian belakang kad ATM anda.
5. Pada bahagian 2, masukkan 6 DIGIT e-pin yang telah ditetapkan pada ATM.
6. Pada bahagian 3, masukkan 6-32 alphanumeric yang mengandungi kombinasi abjad dan angka sebagai CIMB Clicks ID.
7. Pada bahagian 4, masukkan 8 alphanumeric sebagai kata laluan.
8. Pada bahagian 5, masukkan semula 8 alphanumeric tadi untuk pengesahan kata laluan
9. Pada bahagian 6, masukkan nama ibu.
10.Pada bahagian 7, masukkan alamat email.
11.Pada bahagian 8, masukkan SecureWord untuk pengesahan CIMB Clicks ID sah atau tidak.
12.Pada bahagian Introducer's Details ini adalah pilihan sama ada hendak isi atau pun tidak.
13.Pada bahagian 1, masukkan nama pencadang.
14. Pada bahagian 2, masukkan Staff ID pencadang.
15. Pada bahagian 3, masukkan alamat email pencadang.
16. Pada bahagian 4 dan 5, masukkan nama cawangan pencadang.
17.Setelah selesai memasukkan semua maklumat yang diperlukan, pilih pada Accept untuk menunjukkan anda faham terma dan syaratnya.
18.Klik Submit untuk menamatkan sesi pendaftaran CIMB Clicks.
BAHAGIAN D
1. Buka login untuk memastikan sudah boleh guna ataupun tidak.Kemudian klik LOGIN.
2. Masukkan USER ID.
3. Masukkan PASSWORD
4.Sekiranya terdapat paparan tersebut, ini bermakna anda berjaya untuk mamasuki akaun CIMB Clicks yang sah.
5. ANDA TELAH BERJAYA!!!!!!